Followers

Wednesday 7 March 2012

Sejarah Jpam unit Spaoh..

          
         Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau dulu dikenali sebagai JPA3 mula diterima oleh warga spaoh pada tahun 2004 dan pada 2005 seramai 50 org telah menyertai jpam.pada masa tu anggota spaoh berlatih di Unit Sri Aman.
Pejabat Lama
     
           Jarak antara Sri Aman dengan Spaoh adalah 60km menyebabkan sukar untuk anggota Spaoh untuk turun latihan mingguan memandangkan masalah transport dan kadar tambang yang amat tinggi jika berulang alik dengan bas atau van sewa.Atas masalah itu ketua unit Sri Aman  ketika itu Sarjan(PA) Rosli bin Ali (kini leftenan muda) berusaha untuk mengadakan latihan mingguan dispaoh dengan syarat keanggotaan di Spaoh harus ditambah.Mula dari 2005-2007 latihan mingguan untuk anggota Spaoh diadakan di Spaoh dengan tenaga pengajar dari Sri Aman.
Pejabat Baru hingga sekarang.
   
           Atas usaha dan kerja keras pegawai serta anggota di Spaoh, penerimaan penduduk semakin memberansangkan dan ramai yang telah menyertai jpam dan Pada 16/03/2007 unit Spaoh diujudkan setelah anggota seramai 100 orang tamat kerusus asas pertahanan awam selama 6 hari bermula pada 11/03/2007.Krusus tersebut di rasmikan oleh pengarah pertahanan awam negeri Sarawak ketika itu Yang Berbahagia Leftenan Kolonel(PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim serta pegawai2 dari Kuching dan Sri Aman di padang Sk.Spaoh.
Latihan kawat bulanan.
   
          Pada permulaan pentadbiran Unit Spaoh di ketua oleh seorang ketua unit dan seorang pekerja am dan mereka ini dikenali sebagai ASTP dikalangan Anggota dan jabatan.ketua unit pertama hingga sekarang ialah L/kpl (PA) kamarrul bin Badarudin.Untuk permulaan sebuah perjabat quartes kerajaan negeri telah digunakan sebagai perjabat jpam unit spaoh yang pertama atas eshan pejabat daerah Spaoh dan Betong.

                                            Aktiviti-aktiviti latihan bulanan Unit Spaoh

latihan berhalangan

halangan anak sungai

Latihan A & D

Mengendali mangsa tersepit dlm kenderaan
      
           Pada tahun 2008 perjabat unit Spaoh berpindah di rumah baru yang lebih besar dan selesa dimana tiga orang ASTP ditempatkan untuk melancarkan urusan pentadbiran di Spaoh. Dalam penghujung bulan Julai 2009 Jpam cawangan Betong diujudkan dan dengan secara otomatiknya unit Spaoh berada dibawah pentadbiran Jpam Betong dimana seorang pegawai tetap jabatan diletakan sebagai PPAD, segala urusan pentadbiran latihan,operasi dan aktiviti jabatan untuk unit Spaoh ditentukan dan dikawal selia oleh pegawai di cawangan Betong.
Latihan lasak dan ikthar hidup
   
       Kini Jpam Unit Spaoh semakin gagah dan ampuh dalam mengharungi segara halangan,rintangan serta teguran dalam menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.setiap inci anggota diingatkan agar siap siaga dalam merempuhi onak dan duri semasa bertugas, hingga kini kekuatan anggota unit Spaoh
telah mencecah 200 orang yang berdaftar....